Jumaat, 5 Disember 2014

Kuching Trip Part 3: St.Faith's Church Anglican Church Kuching & Taman Sahabat

Hello guys..hari kedua berada d bumi Kuching..rehat yang cukup..thank God..awal pagi sudah bangun..actually nda awal sangat la..hehehe..bersiap then pergi bersarapan di restoran sebelah hotel saja..order kopi nai & kolok mee..

cecah ladanya pun manang..

sedap & banyak..boleh bagi 4/5 markah..selepas sarapan, mulakan perjalanan sebab seperti biasa takut sesat, dan memang kami sesat..misi mencari Gereja Anglikan St.Faith..waze & navigator tidak begitu bekerjasama..mujurlah ada c Uni untuk mentafsir map..hehehe..pukul 10:30 a.m kebaktian BM bermula & kami bertolak dari hotel rasanya dalam pukul 9:00 a.m..setelah sesat beberapa jalan & duduk beberapa lama dalam kereta, akhirnya kami pun tiba di destinasi..thank God..setibanya di sana kebaktian belum bermula..so kami masih sempat la..persekutuan yang best d St.Faith's Church..khotbah tentang 'Left Behind' iaitu berkenaan akhir zaman & pengangkatan..berjaga-jagalah.. :)


Selepas kebaktian, terus hantar Uni di UiTM sebab takut lambat & mnyebabkn urusan tidak selesai..sselepas hantar c Uni, kamipun kembali ke pusat bandar..dengan kesesatan yang berlaku maka tibalah kami d Taman Sahabat..tiada tiket masuk..free sj..taman tu pun memang best..macam berada di negara China pula..

Serba sedikit berkenaan Taman Sahabat, Taman Sahabat terletak diJalan Song, kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandaraya. Terdapat Replika Gergasi Laksamana Zheng He yang pada sejarahnya telah mengetuai Ekspedisi Pelayaran Pertama daripada tujuh pelayaran pada 1405~1433 ke Asia Tenggara.Taman Sahabat terletak diJalan Song, kira-kira 30 minit perjalanan dari pusat bandaraya. Terdapat Replika Gergasi Laksamana Zheng He yang pada sejarahnya telah mengetuai Ekspedisi Pelayaran Pertama daripada tujuh pelayaran pada 1405~1433 ke Asia Tenggara. Taman unik ini adalah hasil hubungan erat diantara Bandaraya Kuching dan Kunming City of China. Taman Sahabat ni dibina sempena persahabatan antara Malaysia dengan Republik Rakyat China. China pun ada menyumbang untuk bina Taman Sahabat ni.


























Sory la ya sebab banyak betul gambarnya..jadi blog gambar la pula kan..hope u guys enjoy watching the pictures..kalau nda enjoy pun, boleh abaikan..hehehe..ok..sekepas melawat di Taman Sahabat, kami menyesatkan diri di shopping2 mall..shopping mall yang dekat dengan Taman Sahabat ni pun kami sesat juga..syukur la nak..

to be continued..Top Spot Food Court..ooyeeehhhhh.. B-)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan