Selasa, 29 Julai 2014

The Bab's Korean BBQ Kota Kinabalu

The Bab's Korean BBQ Kota Kinabalu

Pengalaman pertama makan d restoran Korea..oleh sebab mahu mencuba makanan korea & memeriahkan lagi aktiviti spj berada d KK, maka sy pun gatal tgn la servey2 groupon. Then dgn disengajakan, maka voucer utk mkn d restoran ni pun dibyr..

Selepas shoping sikit d Centre Point KK, maka kami pun pergi ke restoran ini..sbnrnya ragu2 lg lokasinya. Sebelun ni mmg pernah nmpk restoran korea d Komplex Sukan Likas ni tp tkt slh restoran pula..hehehe..so brabis la mengoogle & pakai map utk cari lokasi..tp x dpt..so trpaksa la memberanikan diri cari restoran tu..sempat slh masuk simpang lg ar..tp syukur sbb smpai jg d The Bab's..

Setibanya di sana sy mgagahkn diri menutup malu tunjuk baucer..mgkn sy satu2nya dtg bw baucer..malunyaa..tp beli baucer tu pun sbb mau try mknn korea jak..klu x ngam dgn selera tdk rugi la kan..ok sambung cerita..setibanya d kaunter, sy nmpk senarai tempahan, ada lbh dr 10 org kot yg tempah guna groupon..lahhh..buang karen ja malu2..tp sy yg ke2 buat tempahan la..apa tdk, 5 hari sblm datang sdh tempah ar..hahaha..patut la dlm groupon tu ada tls sdh lbh 100 org beli boucher tu..ok la..ini hidangan2 yg termasuk dlm pakej..
ada 14 hidangan termasuk nasi..wowwww..mamtap..mknn pun sedap2..
m
Service super fantastic..tauke siap tlg bbq kan..
Mama sedang menyuap mknn yg penuh 1 sudu..hehehe..tidak berjaya di peringkat ptama sbb berabis ketawa..
 
Selepas..nyumii..

Suasana di The Bab's Restaurant..

secara keseluruhan, sgt berpuas hati..akan datang lagi.. :-)


Ahad, 27 Julai 2014

Perbezaan antara Titanium dan Stainless Steel

Mungkin ada yang tertanya-tanya tentang perbezaan antara titanium dan stainless steel. Untuk perkongsian bersama, titanium adalah logam ringan dengan berat sekitar 50% lebih ringan daripada stainless steel dan tahan terhadap karat. Jam tangan sport yang dipasarkan untuk pemakaian dalam air sering diperbuat dari titanium. Berikut adalah antara perbezaannya:



Lebih Kuat dan Lebih Ringan

Titanium memiliki kemampuan sekitar 30% lebih kuat daripada Stainless steel namun beratnya hanya sekitar setengah daripada berat stainless steel. Titanium adalah bahan perak abu-abu yang digali dari endapan pasir dan batuan beku. Titanium terutama digunakan NASA dan konstruksi pesawat terbang. Kualiti dari titanium yang menimubulkan reaksi oksidasi yang tidak dapat menimbulkan karat, menurut Euroaestar.com.



Titanium VS Stainless Steel


Perbezaan yang jelas antara produk titanium dan stainless steel adalah bahwa stainless steel lebih berat daripada titanium. Walaupun jam tangan Titanium lebih tahan lama, namun titanium dapat retak di bawah tekanan ekstrim atau goresan. Titanium juga tidak dapat diperbaiki. Sedangkan Stainless steel dapat diperbaiki. Titanium memiliki sifat hypoallergenic. Sedangkan stainless steel dapat menjadi tidak selesa untuk dipakai jika kulit berpeluh.



Olahraga Air

Trend fashion jam tangan telah berkembang sejak akhir 1990-an untuk jenis jam tangan sport. Jam tangan ini sangat tahan air. Jam tangan ini mampu menampilkan fungsi chronograph seperti stopwatch dan mengukur kedalaman air. Titanium telah mendapatkan populariti lebih karena lebih sesuai untuk kontak dengan air berbanding stainless steel dan tidak akan menimbulkan kerosakan/karat.



Kelebihan Stainless Steel

Titanium tidak akan menggantikan stainless steel dalam waktu dekat. Titanium lebih mahal daripada stainless steel. Stainless steel dapat diperbaiki dan dilapisi emas jika diinginkan. Melapisi jam titanium tidak mungkin kerana jam tangan titanium mudah tergores, dan usaha untuk menghilangkan goresan agak rumit. Goresan pada stainless steel mudah dihilangkan.

Semoga enti kali ini dapat memberi panduan kepada kita dalam membuat pemilihan produk yang ingin dibeli..sekian.. :)

Khamis, 17 Julai 2014

Pelbagai Murid

Sebagai seorang individu yang tidak pandai berhenti berfikir, sy mengingat kembali ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa & penyerahan slip keputusan peperiksaan..ramai ibu bapa yang bercerita dan meluahkan perasaan tentang anak masing-masing..banyak versi juga cerita ibu bapa ini..satu pengalaman yang agak menyeronokkan..

Selalu saya terfikir, kalau ibu bapapun sudah banyak mengeluh tentang perangai anak-anak, bagaimana pula keadaannya seorang guru yang mengajar di dalam sebuah kelas seramai 35 orang (lebih atau kurang) yang berlainan karenah..itu untuk sebuah kelas..klu guru tu masuk 6 buah kelas atau lebih dalam sehari, lagi banyak karenah yang ditemui..

Kadang-kadang rasa kesal juga dengan pihak2 yang selalu menuding jari kepada guru-guru berkenaan sesuatu perkara..kalaulah mereka di tempat seorang guru, tidak tahu berapa lama boleh bertahan..tapi ada juga pihak2 yang memahami keadaan seorang guru dan menunjukkn rasa hormat mereka terhadap guru..sy pun turut menghormati orang-orang seperti mereka & rasa terharu dengan keprihatinan mereka..

Ba itu saja la perkongsian untuk kali ini..selamat menjalankan tugas warga pendidik..God bless all teachers.. :)

Kehidupanku Sebagai Seorang Guru Hari ini

Alo guys..hmm..ini cerita untuk hari ini sj..klu cerita pasal guru ni banyak yang dapat dikongsikan..hari ini hari yang sedikit melegakan..beberapa minggu ni sibuk saja..rasanya berbulan2 juga la sibuk..tapi hari ini boleh tarik nafas lega sikit sebab banyak kerja yang sudah diselesaikan..minggu ni sahaja ada beberapa aktiviti yang dijalankan..Isnin tu bagi ceramah 'Teknik Menjawab Soalan Upsr' di SK Jaya Bakti. Neves juga..tapi dapat juga memberikan khidmat luar selain menambah pengalaman..selepas tu ada beberapa kerja lagi yang perlu disiapkan..

Hari ini sy dipantau untuk SKPM..GB, PK1 & KP datang pantau sy mgajar..syukur semua berjalan dengan baik..yg penting murid-muridpun dapat ilmu daripada sesi PdP hari ini..

Walaupun ada kerja-kerja lain lagi perlu disiapkan, sy memilih untuk berehat malam ini & mulakan blog sy..yeahh.. :) tapi dalam fikiran tu ingat juga kerja-kerja lain yang perlu disiapkan..

Thank God untuk kekuatan yang Dia berikan..

ASUS Eee PC X101CH Adapter Power Charger

Hari ini dapat panggilan dari Pejabat Pos..charger yang diorder dan dinanti-nantikan telah sampai..thank God..sebenarnya memang lama sudah cari charger ni tapi di Malaysia macam tiada jual..kena order..finally jumpa satu website ni yang ada jual..Alibaba.com..produk ni dari China..pertama tu ragu2 juga mo order tapi macam boleh dipercayai juga..so memberanikan diri la kunu pi beli ni charger..lagipun harga tidak begitu mahal..so klu nda sampai pun, nda rugi banyak la..dan selepas 15 hari order, akhirnya sampai..biasalah free postage kan..klu mo yang cepat sampai boleh pilih courier lain..tapi mahal sikit la..oleh sebab alasan penjimatan selain takut barang nda smpai, so sy pun menunggu la dengan tabah..lagipun charger yg besar & mo sambung2 ni masih boleh pakai..so bagi mereka yang sedang mencari2 charger macam ni boleh la try beli melalui website tersebut..ni url yg sy blh cadangkan http://www.aliexpress.com/snapshot/6142211345.html  enjoyyy.. .:)
ni gambar dari google..tulisan tu sy nda faham jg kcuali yg nombor2 tu sama yg huruf A :D

Permulaan BlogKu

Hi guys..semoga damai sejahtera beserta kita semua..setelah sekian lama berhasrat membuat blog, akhirnya hari ini berjaya juga..semoga blog ini akan bermanfaat kepada semua..God bless.. :)