Khamis, 17 Julai 2014

Pelbagai Murid

Sebagai seorang individu yang tidak pandai berhenti berfikir, sy mengingat kembali ketika sesi perjumpaan dengan ibu bapa & penyerahan slip keputusan peperiksaan..ramai ibu bapa yang bercerita dan meluahkan perasaan tentang anak masing-masing..banyak versi juga cerita ibu bapa ini..satu pengalaman yang agak menyeronokkan..

Selalu saya terfikir, kalau ibu bapapun sudah banyak mengeluh tentang perangai anak-anak, bagaimana pula keadaannya seorang guru yang mengajar di dalam sebuah kelas seramai 35 orang (lebih atau kurang) yang berlainan karenah..itu untuk sebuah kelas..klu guru tu masuk 6 buah kelas atau lebih dalam sehari, lagi banyak karenah yang ditemui..

Kadang-kadang rasa kesal juga dengan pihak2 yang selalu menuding jari kepada guru-guru berkenaan sesuatu perkara..kalaulah mereka di tempat seorang guru, tidak tahu berapa lama boleh bertahan..tapi ada juga pihak2 yang memahami keadaan seorang guru dan menunjukkn rasa hormat mereka terhadap guru..sy pun turut menghormati orang-orang seperti mereka & rasa terharu dengan keprihatinan mereka..

Ba itu saja la perkongsian untuk kali ini..selamat menjalankan tugas warga pendidik..God bless all teachers.. :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan