Alo guys..hmm..ini cerita untuk hari ini sj..klu cerita pasal guru ni banyak yang dapat dikongsikan..hari ini hari yang sedikit melegakan..beberapa minggu ni sibuk saja..rasanya berbulan2 juga la sibuk..tapi hari ini boleh tarik nafas lega sikit sebab banyak kerja yang sudah diselesaikan..minggu ni sahaja ada beberapa aktiviti yang dijalankan..Isnin tu bagi ceramah 'Teknik Menjawab Soalan Upsr' di SK Jaya Bakti. Neves juga..tapi dapat juga memberikan khidmat luar selain menambah pengalaman..selepas tu ada beberapa kerja lagi yang perlu disiapkan..
Hari ini sy dipantau untuk SKPM..GB, PK1 & KP datang pantau sy mgajar..syukur semua berjalan dengan baik..yg penting murid-muridpun dapat ilmu daripada sesi PdP hari ini..
Walaupun ada kerja-kerja lain lagi perlu disiapkan, sy memilih untuk berehat malam ini & mulakan blog sy..yeahh.. :) tapi dalam fikiran tu ingat juga kerja-kerja lain yang perlu disiapkan..
Thank God untuk kekuatan yang Dia berikan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan